Turki keluar waran rasmi tangkap Gulen, dalang didakwa di sebalik rampasan kuasa

ANKARA: Fethullah Gulen sentiasa menghantui pemerintahan Presiden, Recep Tayyip Erdogan.

Mahkamah di Turki mengeluarkan waran rasmi untuk menahan Gulen atas peranan dalam rampasan kuasa itu walaupun beliau menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu.

Erdogan mahu supaya Gulen diekstradisi.

Malah, Gulen dituduh sebagai dalang di sebalik percubaan rampasan kuasa yang gagal di Turki 15 Julai lalu.

Namun, Gulen menafikan pembabitannya dan mendakwa tidak mengetahui mengenai rancangan tersebut.

Cubaan rampasan itu menyebabkan lebih 300 orang maut manakala lebih 2,100 lagi cedera.

Hampir 70,000 orang lagi digantung kerja atau dipecat dalam perkhidmatan awam manakala 18,000 lagi ditahan, kebanyakannya askar kerana disyaki terbabit dalam rampasan yang gagal itu.

Gulen mantan sekutu Erdogan ini, mengasingkan diri ke Amerika Syarikat sejak tahun 1999. Tidak diketahui di mana tempat tinggal Gulen sebenar, namun beberapa waktu lalu, sejumlah media sempat mewawancarai Gulen dari kediamannya di Pennsylvania.