Friday, September 30, 2022

Tiga rumah terbakar, 14 orang selamat di Kampung Haji Baki

Secara Rawak

KUCHING: Kepantasan anggota bomba yang melakukan “fire breaker” berjaya menyelamatkan kejiranan di Lorong 16, Kampung Haji Baki dekat sini musnah teruk dalam satu kejadian kebakaran pagi semalam.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Farhan Sufyan Borhan, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu sekitar jam 10.44 pagi semalam.

“Dua jentera dengan kekuatan 16 anggota kemudian dikejarkan ke lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang dan Tabuan Jaya sebelum tiba 18 minit kemudian.

Pasukan operasi katanya, kemudian mendapati api sedang marak melibatkan tiga rumah kediaman satu tingkat.

“Rumah pertama yang berkeluasan 25 x 50 kaki persegi telah terbakar sepenuhnya, manakala rumah kedua berkeluasan 25 x 50 kaki persegi terbakar 50 peratus.

“Sementara rumah ketiga berkeluasan 20 x 50 kaki persegi terbakar 10 peratus.

Katanya lagi, pihaknya berjaya mengawal sepenuhnya api di kedua-dua rumah tersebut selepas satu setengah jam dengan menggunakan sumber air dari jentera.

“Siasatan awal mendapati tiada mangsa yang cedera. Tetapi seramai lapan penghuni di rumah pertama, tiga penghuni di rumah kedua dan dua penghuni di rumah ketiga terjejas.

“Punca kejadian masih dalam siasatan pasukan forensik kebakaran,” katanya lagi. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru