Saturday, December 3, 2022

Sarawak mesti tegas dengan Petronas

Secara Rawak

Saya menyokong kenyataan Suarah Petroleum Group mengenai tindakan Petronas dalam proses penyusunan semula struktur operasi di Sarawak yang amat membimbangkan.

Pandi Suhaili
Pandi Suhaili

Kerajaan Barisan Nasional Sarawak mesti mengambil pendirian yang tegas untuk memastikan kepentingan anak-anak Sarawak terpelihara.

Peratusan yang kurang daripada 50% untuk pelantikkan anak-anak Sarawak ke jawatan-jawatan pengurusan amat mengecewakan.

Sepatutnya Kerajaan Barisan Nasional memberi kata dua kepada Petronas memandangkan industri minyak dan gas amat penting kepada Sarawak.

Mengapa Kerajaan Barisan Nasional Sarawak membiarkan sahaja operasi minyak dan gas di Sarawak dikuasai oleh bukan anak-anak Sarawak?

Kerajaan Barisan Nasional Sarawak tidak sepatutnya mengehadkan tuntutan keatas royalti minyak sebanyak 20 peratus tetapi juga mencakupi pembabitan sekurang-kurangnya 50 peratus untuk setiap jawatan yang terbabit dalam operasi minyak dan gas di Sarawak.

Sedikit sebanyak ini akan memberi rezeki dan juga pengalaman yang berharga kepada anak-anak Sarawak.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru