Tuesday, June 28, 2022

Rogol nenek 60 tahun, lelaki 29 tahun dari Balingian dihukum penjara 10 tahun

Secara Rawak

SIBU: Seorang lelaki merogol seorang wanita warga emas yang juga jirannya dalam kejadian di sebuah rumah sewa di Jalan Mission di sini 14 Mac lalu.

Kejadian rogol berkenaan dilakukan antara jam 2 petang hingga 4.45 petang.

Mangsa berusia 60 tahun  manakala pelaku, tukang angkat barang, berusia 29 tahun.

Lelaki itu memanggil mangsa masuk ke biliknya. Apabila mangsa enggan, lelaki itu menarik mangsa hingga ke biliknya  dan  mengunci pintu.

Suspek yang kemudiannya dikenal pasti berasal dari Sungai Bawang, Balingian merogol mangsa di dalam bilik.

Kejadian itu terbongkar apabila saudara mangsa datang ke bilik mangsa dan menceritakan mengenai kejadian itu.

Mangsa kemudian membuat laporan polis serta dibawa ke Hospital Sibu untuk menjalani pemeriksaan.

Tertuduh kemudian berjaya dijejaki dan ditahan, serta dibawa ke Balai Polis Sentral Sibu untuk membantu siasatan.

Disebabkan gagal mengawal nafsu serakahnya itu terhadap nenek berkenaan, lelaki itu dijatuhi hukuman 10 tahun penjara berserta dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Lelaki itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru