Tuesday, October 4, 2022

Pas yakin mampu pertahankan Kelantan pada PRU14

Secara Rawak

KOTA BHARU:  Kerajaan Pas Kelantan yakin mampu mempertahankan kuasanya pada pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Meskipun berdepan cabaran daripada UMNO dan Parti Amanah Negara (PAN), Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, secara peribadi beliau berpendapat PAS masih mampu mempertahankan kerajaan negeri.

“Apa yang saya nampak sekarang PAN asyik duduk gertak supaya kita berunding dengan mereka bagi memberi laluan sekurang-kurangnya beberapa kerusi,” katanya seperti dipetik Harakahdaily.

“Mereka sebenarnya sedar tiada kekuatan untuk bertanding. Kalau PAN benar-benar mahu bertanding di Kelantan mereka sebenarnya mahu menolong Umno dan bukan menewaskan parti itu,” katanya lagi.

Sedangkan sebelum ini pemimpin parti serpihan itu sering bercakap mahu mengalahkan Umno dan menawan Putrajaya.

Katanya, hubungan dengan PKR masih berjalan dan dipertahankan sehingga sekarang.

Mohd Amar yang juga Naib Presiden PAS berkata, biarpun ada cadangan Dewan Muslimat supaya dikaji semula hubungan dengan PKR, namun Majlis Syura Ulama belum lagi membincangkan isu tersebut.

“Hubungan dengan PKR di Kelantan baik dan mesra. Ada program diadakan bersama,” katanya. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru