Wednesday, June 29, 2022

 Pas: Laporan polis Naib Ketua Pemuda Umno, bukan tentang kecurian telur ayam

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Pas mempersoalkan keputusan Ketua Polis Negara menutup sisatan terhadap laporan polis yang dibuat

Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun berhubung konspirasi tiga Tan Sri yang didakwa cuba menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Naib Presidennya, Idris Ahmad berkata, laporan polis dibuat Khairul Azwan itu melibatkan keselamatan dan kedaulatan negara kerana ia membabitkan bekas tiga pemimpin yang menerajui institusi penting negara, dan bukan sekadar laporan tentang kecurian telur ayam.

“Ini bukan laporan curi telur ayam. Ini bukan laporan palsu curi kereta. Ini soal keselamatan dan kedaulatan, kononnya (mereka) memberi maklumat kepada agensi Amerika Syarikat termasuk Biro Siasatan Persekutuan (FBI),” kata Idris dalam tulisan di Facebook hari ini.

“Soal siapa salah atau benar tentang laporan tersebut, biarlah dibawa ke pengadilan terlebih dahulu,” kata.

“Kenapa laporan ini dihentikan begitu sahaja. Semuanya menjadi perbualan di kalangan masyarakat,”kata Idris.

“Ini soal membocorkan maklumat. Ini soal hendak menjatuhkan perdana menteri. Ini soal maruah tiga nama yang ternama di peringkat antarabangsa. Kenapa laporan ini dihentikan begitu sahaja?

Idris berkata, tindakan Khalid itu akhirnya menimbulkan persoalan dalam kalangan masyarkat.

“Semuanya menjadi perbualan dalam kalangan masyarakat. Timbul persoalan apakah kerana Khairul Naib itu Naib Ketua Pemuda Umno atau takut perkara yang terlindung terburai?

“Soal siapa salah atau benar tentang laporan tersebut, biarlah dibawa ke pengadilan terlebih dahulu. Ini melibatkan tiga individu penting. Sampai bila drama ini akan berakhir?,” tanyanya.

“Cukuplah wahai Ketua Polis Negara, bukankah negara kita dilanda krisis keyakinan terhadap badan penguatkuasa dan perundangan. Kenapa kes ini berlalu begitu sahaja.

“Macam mana alasan yang diberi begitu naif, hanya laporan itu berdasarkan andaian. Adakah ini tidak boleh dikategori sebagai laporan palsu? Bukankah ada peruntukan bagi mereka yang melakukan kesalahan membuat laporan palsu,” soalnya.

Menurut Idris, jika laporan itu hanya berdasarkan andaian, Khairul Azwan sepatutnya boleh didakwa kerana membuat laporan palsu.

Khalid juga berkata pemimpin pemuda Umno itu tidak akan disiasat kerana membuat laporan palsu dan dinasihati supaya tidak mengulanginya. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru