Wednesday, June 29, 2022

Ahmad Said ancam keluar Umno, kerjasama dengan Pas

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Apa kesudahan krisis dan gelora politik Terengganu?

Malam tadi, mantan menteri besar Terengganu yang juga Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said mengancam untuk keluar parti dan bekerjasama dengan Pas.

Dengan itu, mencetuskan satu lagi krisis yang terus meruncing.

Adakah kedudukan Umno-BN kini bagai telur di hujung tanduk gara-gara tindak-tanduk dan ancaman Ahmad Said itu?

Krisis Umno Terengganu semakin meruncing malam tadi apabila bekas menteri besar mengancam keluar Umno, dan menyertai Pas.

Star Online malam tadi melaporkan Ahmad memberi kata dua kepada Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abd Rahman supaya meletak jawatan.

Akhbar itu melaporkan bahawa Ahmad mengeluarkan kenyataan itu susulan kenyataan Ahmad Razif yang menyalahkan pemimpin terdahulu atas kegawatan politik di negeri itu sekarang.

“Saya ada banyak rahsia. Jangan buat saya buka mulut,” lapor Star Online.

Perang mulut antara Ahmad Said dengan Ahmad Razif bagai tidak berakhir, malah semakin hangat.

Masing-masing cuba menuding jari.

“Beliau bercakap mengenai prestasi saya dan bahawa disebabkan saya, kerajaan negeri hilang sebahagian besar kerusi pada pilihan raya dan hanya menang tipis,” kata Ahmad Said.

Ahmad Said dilaporkan berkata, Ahmad Razif perlu tahu bahawa semasa ada usaha untuk menyingkirkannya, BN hampir pasti akan kalah kepada PAS, “dia tahu siapa yang menyelamatkan dan memberikan kemenangan.”

Katanya, beliau boleh memecatkan Ahmad Razif ketika beliau berkuasa atas dakwaan sabotaj, tetapi tidak berbuat demikian.

Oleh itu, Adun Kijal itu berkata, kalau Ahmad Razif tidak meletak jawatan sekarang, beliau mungkin keluar Umno dan menjalinkan kerjasama dengan Pas untuk membentuk kerajaan baharu. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru