Saturday, December 3, 2022

Tarik balik Datuk jika tidak hadir Hari Hol, Sultan Johor beri amaran

Secara Rawak

MERSING: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar memberi amaran untuk menarik balik darjah kebesaran Dato’ yang dikurniakan almarhum ayahanda baginda, sekiranya individu yang menerima gelaran itu gagal menghadiri Hari Hol, setiap tahun.

Sultan Ibrahim bertitah, ketidakhadiran sesetengah penerima darjah itu melambangkan mereka tidak sanggup berkorban masa untuk memperingati ayahanda baginda biarpun ia diisytiharkan cuti umum di Johor sebagai memperingati kemangkatan Sultan Iskandar.

Hari Hol yang disambut pada 6 Safar setiap tahun kebiasaannya meliputi majlis tahlil dan istiadat ziarah makam Almarhum Sultan Iskandar.

Oleh itu, baginda bertitah adalah lebih baik jika darjah yang diterima dikorban atau dipulangkan secara hormat sebagaimana mereka menerimanya dahulu.

“Jika tidak, saya akan mengumumkan nama-nama penerima yang darjahnya ditarik balik, tidak kira sama ada penerima itu seorang menteri, jeneral atau bekas jeneral.

“Tindakan akan diambil kepada semua penerima yang gagal hadir,” titah baginda bersempena Hari Ulang Tahun Ke-51 Rejimen Gerak Khas di Kem Iskandar di sini hari ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru