Friday, December 2, 2022

Skandal SUKMA: Karim alu-alukan siasatan SPRM, tetapi mahukan bayangan kes

Secara Rawak

KUCHING: Presiden Persatuan Berbasikal Sarawak (PBS), Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah semalam berkata, pihaknya mengalu-alukan siasiatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya ada penyelewengan berlaku dan berkait dengan persatuan itu.

Menurutnya, pihaknya tidak bermasalah dan sedia memberi kerjasama jika diperlukan.

“Saya juga terkejut apabila mendapat tahu tentang siasiatan ini dan masih menunggu makluman lanjut tentang apa yang tidak betul.

“Dari sudut pengurusan, saya dapati PBS ditadbir dengan baik dan telus. Mungkin SPRM boleh memberi bayangan berhubung apa yang berlaku,” katanya yang juga Cef-de-mission pasukan Sarawak pada temasya SUKMA yang baru lalu.

Semalam, dua pentadbiran persatuan sukan lumba basikal negeri dan kebangsaan disiasat SPRM kerana dipercayai terlibat dalam penyelewengan ketika menganjurkan acara lumba basikal Sukan Malaysia (Sukma) XVIII yang berakhir minggu lalu.

Menurut sumber, kedua-dua lelaki tersebut adalah “orang penting” yang mengendalikan kejohanan tersebut, dan telah dirakamkan percakapan mereka oleh pegawai suruhanjaya tersebut untuk membantu siasatan.

Difahamkan, penyelewengan tersebut melibatkan peruntukan bernilai lebih RM1 juta yang digunakan untuk menaik taraf kemudahan gelanggang bmx dan mountain bike di Bukit Siol, Kuching.

Pada masa yang sama, isu gerbang permulaan dan penamat acara lebuh raya yang menggunakan perancah besi turut diviralkan oleh pengguna media sosial, yang dikatakan memberikan imej yang negatif kepada negeri ini.

Pengarah SPRM Sarawak, Datuk Badrul Shah Norman ketika dihubungi mengesahkan siasatan.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana kes masih dalam siasatan. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru