Saturday, October 8, 2022

Pas yakin dapat kembali berkuasa di Terengganu

Secara Rawak

SHAH ALAM: PAS yakin BN akan berjaya ditumbangkan jika pilihan raya negeri mengejut diadakan di negeri itu dan kembali berkuasa di negeri itu.

Datuk Iskandar Abdul SamadNaib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, keyakinan parti Islam itu merampas kembali Terengganu daripada BN.

PAS pernah memerintah  Terengganu dua kali iaitu, pada tahun 1959 dan 1999.

Ini adalah susulan krisis berpanjangan antara Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman dengan bekas menteri besarnya, Datuk Seri Ahmad Said.

“Jika Pas bertanding, kami ada peluang yang cerah untuk dapat balik kerajaan negeri daripada Umno-BN. Ada peluang yang cerah,” katanya dalam satu majlis di sini.

Iskandar berkata, PAS tiada masalah untuk meletakkan calon di semua kerusi DUN di negeri itu jika PRN mengejut diadakan kerana Pas sentiasa bersedia.

Bagaimanapun, meskipun beliau yakin akan menang, segala keputusan berhubung perkembangan terbaru itu akan diputuskan PAS Pusat.

“Semestinya sebarang pilihan raya terutamanya di Terengganu di mana UMNO BN lemah dan ada pihak berpecah.

Ini kerana, katanya, PAS tidak lagi terikat dengan persetujuan dalam Pakatan Rakyat dari segi agihan kerusi. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru