Saturday, December 3, 2022

KPDNKK buru pencetak, pembuat dan penjual jersi dan pakaian tiruan di Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sarawak hari ini memberi amaran, mana-mana kilang yang terlibat dalam mengecap ataupun mencetak baju-baju tiruan akan berhadapan risiko sita.

Ketua Penguatkuasanya, Abdul Hafiz Abd Rahim berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dalam hal ini memandangkan jualan pakaian-pakaian jenama tiruan ini semakin melambak di pasaran.

be5ba97c-9f17-47b6-904c-70d1c993726c

“Kita telah mengenal pasti sekurang-kurangnya 10 pemborong utama yang menjual barangan ini, dan ia juga telah memanjangkan pasaran dari kawasan Sibu ke Serian,” katanya ketika ditemui sarawakvoice hari ini.

Sehubungan itu katanya, baru-baru ini, pasukan penguatkuasanya telah menyerbu sebuah kedai pakaian di Serian dan menyita 105 helai pakaian berupa jersi pasukan bolasepak Sarawak.

“Kita mendapati mereka telah melanggar Seksyen 8 (2b) Akta Perihal Dagangan 2011 kerana membekal atau menawarkan untuk membekalkan apa-apa barangan yang baginya suatu perihal dagangan palsu digunakan, seolah-olah barangan itu tertakluk kepada apa-apa hak yang berhubungan dengan cap dagangan berdaftar.

Jelasnya, jika sabit kesalahan, setiap pakaian yang dicetak dan berharga RM7.50 sehelai itu akan dikenakan denda sebanyak RM10,000.

b4c2799d-6be9-4923-a4f5-a0ce98fd85a5

“Dalam kes ini, denda yang bakal dihadapi oleh peniaga ini ialah RM7.87 juta,” jelasnya.

Kata Abdul Hafidz, pihaknya akan melancarkan operasi di seluruh negeri selepas ini bagi memastikan jersi-jersi dan pakaian tiruan ini tidak akan lagi berada di pasaran.

“Kita perlu fahami bahawa rekaan pakaian ini adalah harta intelek yang dimiliki oleh syarikat-syarikat tertentu, dan tidak adil untuk ‘orang lain’ mengaut untung atas rekaan yang mereka patenkan.

“Kerana itu kita tidak dapat berkompromi dalam hal ini kerana ia bukan sahaja melibatkan kerugian pemilik rekaan, tetapi juga kerugian dari segi perniagaan pemilik,” katanya lagi.

Ujarnya lagi, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai bahan-bahan tiruan ini, boleh menghubungi pihak KPDNKK, agar tindakan selanjutnya dapat diambil. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru