Monday, December 5, 2022

DAP sambut baik cadangan asingkan kuasa Peguam Negara bagi elakkan konflik

Secara Rawak

GEORGE TOWN: Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal  menyambut baik cadangan Ketua Hakim, Tun Ariffin Zakaria agar Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) tidak lagi diletak di bawah bidang kuasa Peguam Negara.

Screen Shot 2016-08-04 at 9.32.39 AMBeliau menyifatkan cadangan itu  bertujuan mengatasi persepsi orang ramai terhadap kemungkinan wujud gangguan yang tidak wajar atau pengaruh dalam keputusan hakim mahkamah yang lebih rendah.

Mengulas lanjut, beliau berkata pengasingan kuasa amat penting bagi mengelak konflik kepentingan dalam membuat penghakiman serta mengikis pandangan negatif mengenai kebebasan institusi kehakiman di mahkamah rendah dalam kalangan masyarakat.

“Tidak syak lagi, Ketua Hakim merujuk kepada doktrin pengasingan kuasa dalam konteks SPKP dan badan kehakiman,” katanya  dalam satu kenyataan seperti dipetik roketkini.

Cadangan itu, katanya, antara lain berkaitan pengasingan kuasa pentadbir hakim mahkamah rendah daripada bidang kuasa Peguam Negara

Sabtu lalu, Arifin dipetik media sebagai berkata pihaknya telah menyerahkan kertas kerja cadangan tersebut kepada SKSP.

“Hakim mahkamah sesyen dan majistret masih dilantik oleh SPKP, tetapi Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia akan menjadi ketua bahagian kehakiman, manakala bahagian perundangan adalah Peguam Negara.

“Para pegawai akan melihat Ketua Pendaftar sebagai ketua, bukan melihat Peguam Negara sebagai ketua mereka. Kalau tidak, itu akan jadi tidak bebas di mana persepsi itu tidak nampak bebas,” ujar Ariffin menjelaskan cadangannya itu. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru