Friday, December 2, 2022

SPRM siasat dua penganjur acara lumba basikal SUKMA Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat dua pentadbir tinggi persatuan lumba basikal semalam kerana dipercayai terlibat dalam penyelewengan ketika menganjurkan acara lumba basikal Sukan Malaysia (Sukma) XVIII yang berakhir minggu lalu.

Menurut sumber SPRM, kedua-dua lelaki tersebut merupakan “orang penting” persatuan lumba basikal yang mengendalikan kejohanan tersebut.

“Mereka telah ditahan oleh pegawai kita untuk membantu siasatan,” kata sumber itu lagi.

Difahamkan, penyelewengan tersebut melibatkan peruntukan bernilai lebih RM1 juta yang digunakan untuk menaik taraf kemudahan gelanggang bmx dan mountain bike di Bukit Siol, Kuching.

Pada masa yang sama, isu gerbang permulaan dan penamat acara lebuh raya yang menggunakan perancah besi turut diviralkan.

Pengarah SPRM Sarawak, Datuk Badrul Shah Norman ketika dihubungi mengesahkan siasatan.

Beliau enggan mengulas lanjut fakta kes kerana masih dalam siasatan. – Sarawakvoice.com

89a38699-99a6-4488-adf6-9fdd9e90e7fa

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru