Saturday, October 8, 2022

Sampai bila Menteri Besar Terengganu dapat  bertahan?

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Politik Terengganu bergelora lagi.  Adakah benar kedudukan  Ahmad Razif Abd Rahman sebagai Menteri Besar bagai telur di hujung tanduk?

13914060_1105660899528042_3997994397202255323_o

Sejauh mana beliau dapat bertahan di kerusi berkenaan apabila terdapat kalangan pemimpin dan Adun mempertikaikan keupayaannya?

Adakah benar desas-desus yang  mendakwa bahawa tekanan kini diberi kepada Ahmad Razif supaya berundur sebelum 8 Ogos?

Jika tidak dikatakan tindakan drastik termasuk usul undi tidak percaya terhadap beliau akan dikemukakan.

Selain Adun Kijal yang juga bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, seorang lagi Adun yang mempertikaikan kepemimpinannya ialah Adun Ajil, Ghazali Taib.

Sebelum ini, Ahmad Said pernah cuba mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Menteri Besar.

Ahmad  Said disifatkan duri dalam daging bagi UMNO dan BN. Sementara kes Ahmad menunggu Majlis Tertinggi UMNO untuk mengambil keputusan tindakan disiplin, tetapi ia bukanlah mudah kerana sebarang keputusan yang tidak memihak kepada beliau boleh menggugat kedudukan BN di negeri ini.

Beberapa bulan lalu, Sultan Terengganu telah menarik balik gelaran Datuk Seri daripada Ahmad Razif, menandakan ada sesuatu yang tidak kena dari segi hubungan beliau dengan baginda.

Difahamkan selepas itu wujud kepincangan dari segi pentadbiran negeri. Bagaimana pula hubungan beliau dengan Sultan? Adakah sudah pulih?

Kebijaksanaan kepemimpinan tertinggi amat dituntut ketika ini kerana sebarang keputusan silap boleh menggoncangkan lagi kedudukan BN.

Namun, kepentingan rakyat perlu sentiasa diutamakan walau pemimpin perlu dikorbankan.

Jika keadaan sekarang dibiarkan berlarutan dan tidak diselesaikan secara tuntas, yang menerima bahananya ialah rakyat.

Siapakah yang lebih penting: pemimpin atau rakyat?

Jadi, kalau seseorang pemimpin itu tidak diterima dan banyak menimbulkan masalah, jalan terbaik adalah untuk menggantikan beliau dengan pemimpin yang bukan sahaja boleh diterima oleh istana, tetapi juga rakyat.

Hanya dengan itu, kerajaan negeri akan dapat terus melangkah ke hadapan, dan pembangunan dapat dilaksanakan. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru