Wednesday, June 29, 2022

JDT bakal miliki pesawat

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: JDT memang hebat dan luar biasa. Ia berada dalam kelasnya yang tersendiri, bukan sahaja di atas padang, tetapi juga di luar padang.

Tidak ada negeri atau kelab yang dapat menandinginya.

Terbaharu, Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenaan mengurniakan sebuah pesawat Gulfstream 550 kepada kelab berprestij itu.

Gulfstream 550 JDT

Kurniaan itu adalah sebagai usaha baginda memartabatkan kelab yang dimiliki anakandanya, Tunku ismail Tunku Ibrahim.

“Dengan kurniaan itu, JDT turut melakar satu lagi sejarah baharu sebagai kelab pertama tanah air yang mempunyai kemudahan pengangkutan udara sendiri. Allah peliharalah Sultan,” kata kenyataan JDT melalui catatan terbaharu Facebook rasmi kelab itu, Johor Southern Tigers.

Pesawat itu merupakan jenis jet kelas perniagaan yang dikeluarkan oleh Gulfstream Aerospace, sebuah syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat.

Pesawat itu dengan panjang 29.4 m dan tinggi 7.9 m dianggarkan mampu terbang 12,500 km/j.

Pesawat  berharga RM247.93 juta difahamkan itu akan diserahkan kepada JDT pada pertengahan 2017.

https://www.youtube.com/watch?v=y4BS_O1Ckd0

Sebelum ini baginda turut menganugerahkan sebidang tanah seluas 28 hektar pemberian kerajaan negeri.

Tanah berkenaan akan dimajukan, lengkap pelbagai kemudahan, termasuk pusat beli-belah. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru