Friday, August 19, 2022

WhatsApp tidak benar-benar hapuskan chat yang telah dipadam pengguna?

Secara Rawak

CALIFORNIA: Pengkaji iOS, Jonathan Zdziarski, mendakwa aplikasi media sosial WhatsApp masih menyimpan chat meskipun chat tersebut sudah dihapuskan oleh pengguna.

Sebaik sahaja Zdziarski memeriksa gambar disk yang diambil dari versi terbaru aplikasi Whatsapp, beliau mendapati ia masih menyimpan jejak forensik dari chat log, meskipun chatting tersebut sudah pun dihapuskan pengguna sebelum ini.

Beliau mendakwa hal ini membuat sesiapa sahaja yang mempunyai akses fizik ke atas peralatan atau hardware berpotensi menyalin maklumat berharga individu terbabit.

Bahkan, data yang sama juga dapat dipulihkan melalui sistem remote backup.

Dalam kebanyakan kes, data yang ditanda untuk dihapuskan, dibuang oleh aplikasi itu sendiri.

Namun, oleh kerana data tersebut belum lagi ditimpa dengan chat yang baru, ia masih dapat dipulihkan dan disalin melalui alat forensik.

Zdziarski menimpakan masalah ini ke pustaka SQLite yang digunakan dalam pengekodan aplikasi, yang tidak menimpa secara default.

Sayangnya, WhatsApp telah mendapat penghargaan dari banyak penyokong privasi untuk beralih ke standard enkripsi end-to-end melalui protokol Signal.

Namun, pengkaji mengatakan sistem berkenaan sebenarnya hanya mampu melindungi data semasa transit serta mencegah operator dan perantara lain mengintai perbualan ketika mereka berinteraksi di seluruh jaringan.

Penemuan Zdziarski ini menjelaskan tentang hal yang berlaku pada data selepas ia mencapai sesebuah telefon, terutama ketika ia disimpan di drive disk lokal telefon atau penyimpanan iCloud terpencil.

Mesej WhatsApp disokong oleh iCloud tanpa enkripsi sulit.

Justeru, jika pihak polis mendapat perintah mahkamah, mereka mampu mendapatkan jejak yang jelas berkaitan perbualan individu, meskipun sembang tersebut sudah dihapuskan dalam aplikasi.

The Verge Jumaat lepas melaporkan tulisan Zdziarski dalam postingnya bahawa, “Masalah utama di sini ialah komunikasi mudah tidak bersifat sementara pada disk.”

Bagaimanapun, kajian ini tidak perlu menyebabklan pengguna WhatsApp berasa gusar, meskipun pejuang privasi terasa “panas” dengan kenyataan tersebut.

Hasil kajian ini sebenarnya mampu menjawab masalah yang timbul antara WhatsApp dengan kerajaan Brazil.

Ini kerana pihak WhatsApp mempertahankan bahawa mereka tidak mampu mengintip mesej yang dihantar oleh penjenayah kepada Mahkamah Tinggi Brazil kerana ia dilindungi sistem enkripsinya.

Nah, ternyata sekarang adalah sebaliknya! – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru