Wednesday, June 29, 2022

Sarawak tuan rumah Sukan Paralimpiad XVIII 6 Ogos ini

Secara Rawak

KUCHING: Sarawak akan menjadi tuan rumah Sukan Paralimpiad XVIII Sarawak 2016 bermula pada 6 hingga 10 Ogos ini.

sukma ppMenurut kenyataan Bahagian Media dan Komunikasi Korporat Jabatan Penerangan Negeri Sarawak, sukan ini akan melibatkan atlet-atlet istimewa daripada kategori kurang keupayaan anggota, penglihatan, akal dan juga spastik.

“Ia sekali gus akan membuktikan bahawa golongan ini mampu mengharumkan arena sukan negara ke peringkat global.

Kejohanan Paralimpiad kali ini akan membabitkan 1,400 atlet, yang akan bertanding dalam sembilan jenis acara sukan di beberapa gelanggang sekitar Kuching dan Samarahan.

Sukan memanah akan berlangsung di Padang Sasar Kompleks Sukan UNIMAS, olahraga di Stadium Sarawak, badminton di Kompleks Sukan UNIMAS, catur di Dewan D’TAR UNIMAS, boling padang di Sarawak Lawn Bowling Arena, angkat berat di Dewan Jubli UiTM Sarawak, renang di Pusat Akuatik Sarawak, boling ten pin di Megalanes Sarawak (Emart Batu Kawa) dan ping pong di Stadium Perpaduan Sarawak.

Ketua Menteri Sarawak , Tan Sri Adenan Satem dijadualkan akan merasmikan kejohanan ini pada 6 Ogos depan di Stadium Perpaduan, Sarawak. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru