Friday, September 30, 2022

Isu DOJ hanya sentimen geopolitik dan berniat jahat – Puad Zarkashi

Secara Rawak

KUCHING: Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi semalam memberitahu, isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibangkitkan oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat baru-baru ini merupakan permainan geopolitik pihak-pihak tertentu, dan berniat jahat terhadap Malaysia.

Dr Mohd Puad Zarkashi _0000Katanya, campur tangan tersebut merupakan cubaan pihak tertentu untuk mewujudkan konflik, dengan mengheret negara kuasa besar dunia ke dalam isu berkenaan.

“Ia sengaja dipolemikkan untuk mendapat perhatian antarabangsa agar menggugat kepemimpinan negara¸ seterusnya mewujudkan pelbagai persepsi negatif dalam kalangan rakyat,” jelasnya ketika menyampaikan alu-aluan sempena sambutan Rumah Terbuka Jabatan Hal Ehwal Khas Sarawak di sini, semalam.

Kata Puad, selepas mendengar taklimat Presiden dan Pengarah Kumpulan Eksekutif 1MDB, Arul Kanda kepada Majlis Tertinggi UMNO tiga hari lalu, beliau yakin, 1MDB menjadi mangsa permainan geopolitik dan tuduhan terhadapnya adalah karut.

“Pelbagai spekulasi dibuat agar ramai beranggapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersalah dalam isu berkenaan.

Sehubungan itu, katanya, semua pihak baik penjawat awam mahupun rakyat harus bersatu dalam mempertahankan kerajaan yang memiliki rekod cemerlang dan bersih, terutama dalam membela nasib rakyat ini, dan membangunkan sosioekonomi negara.

Tambahnya lagi, Perdana Menteri telah menyatakan pendirian yang jelas dan tegas, bahawa tidak akan membenarkan sebarang ancaman dari luar dalam menentukan sistem demokrasi negara.

“Sehubungan itu, seluruh rakyat perlu bersatu dalam mengekang sebarang usaha pihak luar yang berhasrat menghancurkan negara ini,” katanya. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru