Tuesday, December 6, 2022

DAP gesa Ketua Pengarah baharu Imigresen leburkan sindiket dalaman

Secara Rawak

KUALA LUMPUR:  DAP menggesa Ketua Pengarah Imigresen yang baharu, Datuk Seri Mustafar Ali supaya membersihkan jabatan itu daripada sindiket dalaman melibatkan aktiviti penyeludupan manusia dan kemasukan pendatang asing secara haram ke negara ini.

Bukit Mertajam, Steven Sim _0000Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim  sebagaimana dipetik Roketkini berkata, Mustafar turut menggalas tugas berat untuk menghentikan amalan memberi kontrak pembekalan perkhidmatan jabatan itu kepada segelintir kontraktor swasta yang rapat dengan parti pemerintah tanpa tender terbuka.

Dalam laporan itu, portal berkenaan mengutip Steven sebagai meminta Mustafar supaya menjelaskan dalam tempoh sebulan pertama sebagai Ketua Pengarah, mengkaji semula semua kontrak vendor swasta sejak Januari tahun lalu dan mengamalkan pemberian tender terbuka untuk kontrak-kontrak selepas ini.

Katanya lagi, Ketua Pengarah berkenaan perlu memulakan siasatan tahap tinggi yang diketuai oleh Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan bersama SPRM dan polis bagi menghapuskan sindiket penyeludupan manusia

Menurut Steven, beliau juga perlu menyokong saranan pembangkang untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi membersihkan seluruh jabatan.

“Pengalaman Mustafar dalam membanteras rasuah sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM sebelum ini akan sangat membantu dalam membersihkan Jabatan Imigresen,” katanya.

Steven menambah, jika Mustafar mengambil keputusan untuk menjalankan tugas secara amanah tanpa menjaga kepentingan mana-mana individu, seluruh pihak termasuk parti pembangkang akan menyokong penuh usahanya.

Baru-baru ini, beliau mendedahkan pelbagai masalah melibatkan Jabatan Imigresen termasuk kemasukan pendatang asing secara haram yang didalangi ‘orang dalam’ dan pemberian tender kepada pihak-pihak berkepentingan secara tertutup. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru