Wednesday, August 17, 2022

Azmin kongsi rahsia Selangor muncul juara SUKMA

Secara Rawak

Kejayaan kontijen Selangor mengungguli temasya Sukan Malaysia (SUKMA XVIII) semalam adalah hasil daripada persediaan komprehensif yang dilaksanakan oleh badan-badan sukan di negeri itu sejak 18 bulan lalu.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohd Azmin Ali berkata, ia dilaksanakan menerusi perancangan yang strategik, latihan berfasa dan kerjasama yang baik dengan persatuan-persatuan sukan negeri.

azmin sukma

“Pada masa yang sama, kita juga memperguna sebaiknya kemahiran dan kepakaran yang ada pada pegawai dan jurulatih, selain atlet-atlet berlatih menggunakan kemudahan dan prasarana yang cukup baik yang ada di negeri Selangor,” kata pada sidang media khas di Stadium Sarawak, sebaik Selangor dimahkotakan dengan juara keseluruhan SUKMA untuk kali kesembilan malam tadi.

Menurutnya lagi, pihaknya mempunyai rancangan lima tahun dalam membangunkan aktiviti sukan di negeri itu.

“Kita melihat kepentingan sukan ini sebagai ‘soft sector’, yang turut berperanan dalam pembangunan ekonomi negeri.

“Kerana itu kita memberi perhatian khusus kepada bidang sukan ini, dan peruntukan yang agak besar turut diberikan.

Katanya lagi, dengan kejayaan ini juga, ia akan mendorong kerajaan negeri untuk memberikan peruntukan yang lebih besar kepada bidang ini dalam bajet negeri pada 2017.

Dalam SUKMA di Sarawak, Selangor muncul juara setelah membawa pulang
59 emas, 73 perak dan 63 gangsa.

Berikutan kejayaan ini juga katanya, Kerajaan Negeri sedang mempertimbangkan secara serius untuk menaik taraf beberapa kemudahan sukan di negeri itu, agar lebih memberi keselesaan dan berteknologi tinggi.

“Antara kemudahan ini termasuklah pusat latihan gimnastik artistik, pusat latihan boling padang serta pusat-pusat latihan memanah, lawan pedang, gimrama dan sukan tempur.

“Malah bagi menghargai kemenangan skuad renang yang berjaya mengumpul 20 emas, 15 perak dan sembilan gangsa, kerajaan negeri turut bersetuju membina sebuah gimnasium latihan renang di pusat akuatik Darul Ehsan.

Manakala sebuah akademi bolasepak pula akan diwujudkan di negeri itu, bagi mengembalikan kegemilangan pasukan merah kuning dalam persada bolasepakn tanah air.

“Pihak majlis sedang berunding dengan beberapa kelab antarabangsa bagi mewujudkan koloborasi, bagi membolehkan akademi ini kelak diuruskan secara profesional,” katanya.

Menjawab soalan berhubung imbuhan kepada atlet yang membantu negeri itu muncul juara SUKMA XVIII, Azmin memberitahu perkara tersebut akan diumumkan dalam ucapan penghargaan, yang akan disampaikan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini. – Sarawakvoice.com

sukma zahid h_0004

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru