Wednesday, August 17, 2022

Sarawak akur tewas 2 emas kepada Selangor yang muncul juara kali kesembilan

Secara Rawak

KUCHING: Kontinjen Selangor menggenggam juara Sukan Malaysia (Sukma XVIII) buat kali kesembilan.

Selangor mengumpul 59 pingat emas, 73 perak dan 63 gangsa pada temasya berakhir pada Sabtu.

sukma slgr

Kali terakhir Selangor juara pada Sukma 2013 di Kuala Lumpur.

Selangor banyak menyandarkan pungutan pingatnya pada acara renang dan menembak.
Selangor mengutip 20 emas untuk acara renang dan enam emas untuk acara menembak.

Kontinjen Sarawak selaku tuan rumah setelah bertungkus-lumus memanfatkan gelanggang sendiri untuk mencapai sasaran menjuarai Sukma XVIII akhirnya akur menduduki naib juara dengan mengumpul 57 emas, 43 perak dan 59 gangsa.

Dalam persaingan 12 hari, Sarawak pada saat akhir cuba meletakkan harapan memintas Selangor melalui acara tinju, namun tidak kesampaian apabila tiga petinju tewas pada perlawanan akhir.

Sarawak gagal mencapai sasaran 72 pingat emas untuk menebus kejuaraan dikecapi pada 1990, 1992 dan 1994.

Bagaimanapun, prestasi Sukma XVIII lebih baik berbanding Sukma 2014 lalu.
Pada Sukma 2014 Sarawak mengutip 48 emas, 32 perak dan 35 gangsa.

Kontinjen Terengganu menduduki tempat ketiga dengan memungut 46 emas, 41 perak dan 44 gangsa.

Terengganu pernah menjuarai Sukma empat kali.
Tempat keempat ialah Wilayah Persekutuan selepas mengumpul 40 emas, 42 perak dan 41 gangsa.

Tempat kelima Pahang dan tempat keenam Pulau Pinang. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru