Sunday, September 25, 2022

Parti Dr Mahathir beri saingan kepada UMNO

Secara Rawak

KUALA LUMPUR:  Parti baharu yang akan ditubuhkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad disifatkan memberi kesan positif bagi membolehkan UMNO dan Barisan Nasional lebih berjaya.

Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, kadang-kadang persaingan adalah baik apabila ia dapat memberi kesedaran dan menggerakkan seseorang supaya bekerja lebih keras ketika menghadapi risiko kekalahan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu yang menyambut baik langkah Dr Mahathir berkata negara seperti Jepun dan Jerman cemerlang kerana mereka terpaksa berjuang untuk terus hidup manakala empayar seperti Britain semakin menghilang akibat kemusnahan dan bersikap puas hati.

“Jadi mungkin Mahathir sedang menolong UMNO dan Barisan Nasional dengan menawarkan kami beberapa persaingan kerana persaingan sentiasa baik untuk mengecapi kejayaan,” katanya dalam laman blog beliau sskeruak.blogspot.com.

“Dr Mahathir akhirnya mengakui bahawa satu-satunya cara untuk mengubah kerajaan adalah melalui pilihan raya umum. Sudah pastinya, Mahathir tidak akan mengakui bahawa beliau sedang berusaha untuk menukar kerajaan,” katanya yang juga Bendahari UMNO.

Katanya, keputusan Dr Mahathir membuktikan pendiriannya dengan jelas bahawa beliau tidak berusaha untuk menyelamatkan UMNO, sebaliknya memusnahkan parti berkenaan.

“Adalah pelik, seseorang mahu menyelamatkan parti yang didakwa masih menyayangi parti berkenaan dengan berusaha untuk memusnahkannya. Ia seperti mengatakan bahawa anda mahu menyelamatkan manusia dengan memusnahkan dunia,” kata Salleh.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru