Tuesday, June 28, 2022

Namewee buat kecoh lagi, hina Islam melalui Oh My God

Secara Rawak

GEORGE TOWN: Namawee, penyanyi dan pengarah, sekali lagi menghebohkan negara apabila karyanya video klip lagu “Oh My God” didakwa menghina Islam.

Menurut Ketua Polis Negeri Pulau Pinang Datuk Abdul Ghafar Rajab, pihaknya menerima laporan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhubung lagu Oh My God.

Sehubungan itu, Namawee akan dipanggil untuk direkod keterangan bagi membantu siasatan isu video klip berdurasi 4.05 minit yang kini menjadi viral di media sosial.

Siasatan awal mendapati sebahagian rakaman video lagu diambil di Masjid Terapung di Tanjung Bungah dan jawatankuasa masjid berkenaan membuat laporan polis.

Kes yang disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan itu memaparkan video klip membabitkan empat lelaki berkelakuan tidak senonoh menari dan menyanyi di dalam masjid.

Sebelum ini, pada Ogos 2007, Namawee pernah menimbulkan kekecohan apabila menghasilkan video rap dengan gubahan dari lirik Negaraku mengandungi isi yang menghina negara, polis, orang Melayu dan azan.

Karya Namewee lain yang mengundang kontroversi ialah “Namewee ** TNB Malaysia”, “Handicap Goal” dan “Kawanku”.

Manakala, dalam perkembangan terbaru, wakil 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat 10 laporan polis di Balai Polis Jalan Patani di George Town berhubung klip video terbabit.

Wakil gabungan NGO itu, Azdy Mohd Arshad berkata video tersebut tidak menghormati Islam.

Azdy membuat laporan polis berdasarkan lima karakter yang digunakan dalam klip video tersebut antaranya menyebut perkataan Allah sebelum minum, azan dihina berulang kali, gambaran umat Islam adalah pengganas dan orang Islam yang digambarkan berjudi.

Selain Namawee, polis akan memanggil beberapa individu termasuk mereka yang terlibat dalam pembikinan video itu bagi membantu siasatan.

Klip video terbabit turut menjadikan beberapa rumah ibadat seperti kuil, tokong dan gereja sebagai tempat rakaman nyanyian dan tarian video berkenaan. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru