Wednesday, August 17, 2022

Juara keseluruhan SUKMA XVIII – Selangor dan Sarawak bersaing sengit

Secara Rawak

KUCHING: Sehingga jam dua petang ini, saingan untuk kedudukan juara keseluruhan SUKMA Sarawak 2016 terus sengit di antara dua pasukan, iaitu kontijen Selangor dan tuan rumah Sarawak.

Selangor mendahului dengan kutipan rasmi 55 emas, 68 perak dan 56 gangsa dengan dua emas hari ini disumbangkan oleh sukan gimnastik artistik.

Dalam sukan tersebut, Selangor membolot dua emas kategori gelang lelaki menerusi Chau Jern Rong dan kekuda berpelana lelaki menerusi Tan Fu Jie.

Sukan tersebut turut menyumbang satu pingat perak dan tiga gangsa kepada ke merah kuning itu.

Sarawak mengekori rapat dengan 54 emas, 38 perak dan 52 gangsa. Pingat emas Sarawak untuk setakat jam dua ini dimenangi melalui gimnastik artistic apabila Esmelda Alfred memenangi saingan Batang Titian Wanita . Sukan ini turut menyumbang dua perak dan dua gangsa.

Pingat emas kedua Sarawak oleh acara tenis apabila Aslina Chua An Ping memenangi acara perseorangan wanita manakala Wyncles Kiring Tom menyumbang emas ketiga dalam acara angkat berat tidak melebihi 105kg sntach lelaki.

Angkat berat turut menyumbang tiga perak dan dua gangsa kepada kem Bumi Kenyalang itu. – Sarawakvoice.com

sukma final

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru