Wednesday, August 17, 2022

Ayuh, sokong Sarawak muncul juara, kini bersaing sengit dengan Selangor

Secara Rawak

KUCHING: Dengan kedudukan mata yang begitu sengit, Selangor mendahului Sarawak dengan satu pingat emas dalam senarai pungutan pingat keseluruhan SUKMA Sarawak pada jam 8 malam tadi, para penyokong Sarawak diminta untuk hadir beramai-ramai memberi sokongan kepada para wira dan wirawati Sarawak yang akan beraksi pada hari ini.

Chef-de-mission Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, semangat dan sokongan ini amat dituntut bagi bagi membolehkan para atlet Sarawak terus menuai emas, dalam usaha mengejar kejuaraan SUKMA keempat, yang kali terakhir digapai 22 tahun lalu.

“Hari ini, atlet-atlet kita sedang berjuang di beberapa arena di sekitar Kuching dalam penentuan emas.

“Justeru itu, marilah sama-sama kita menyokong dan membakar semangat mereka kerana dengan kilauan emas mereka sahajalah Sarawak akan dapat muncul juara pada edisi SUKMA kali ini,” katanya ketika dihubungi sarawakvoice.com sebentar lagi.

Acara-acara yang melibatkan atlet Sarawak dalam penentuan emas:

• Lumba Basikal Bukit, 9 pagi bertempat di Bukit Siol DBKU
• Tenis, 8.30 pagi bertempat di Kompleks SLTA, Dewan Suarah
• Boling Padang, 9 pagi, Arena Boling Padang, Kompleks Stadium
• Ten Pin Bowling, 9 pagi , Megalane Batu Kawa
• Petanque, 9 pagi, Kompleks Pentaque, Santubong
• Tinju, 3 petang, Stadium MBKS * Sarawak beraksi dalam 3 akhir

sarawak sukma

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru