Friday, August 19, 2022

PKR takut kalah kepada UMNO, punca enggan PRN Pulau Pinang diadakan

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Berbanding DAP, PKR tidak ghairah dengan cadangan mengadakan pilihan raya negeri (PRN) mengejut.

Motif dan agenda DAP sebenarnya adalah untuk membuktikan bahawa Dap dan Lim Guan Eng masih relevan dan disokong ramai.

Sebaliknya, PKR punya pendapat yang berbeza dan tidak sehaluan dengan DAP.

Mengapakah PKR enggan bersetuju meski didesak DAP?

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar memberi jawapannya kepada wartawan di Kuala Lumpur, Khamis.

Sebenarnya PKR berdepan risiko lebih besar, dan kemungkinan kehilangan banyak kerusi berbanding DAP.

Nurul mengakui UMNO  besar kemungkinan akan menang  jika berlaku pertandingan tiga penjuru.

Kini tanpa PAS dalam Pakatan Harapan kedudukan PKR terancam kerana pada PRU-13, PKR mendapat sokongan kuat PAS dari segi jentera akar umbi.

Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang sebelum ini menegaskan PAS akan letak calon jika pilihan raya mengejut diadakan.

Kini, DAP mempunyai 19 kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, PKR 10, manakala PAS 1 dan UMNO 10.

“Dengan kemungkinan tiga penjuru, secara teorinya, tiada siapa yang akan menang kecuali UMNO,” kata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

Maksudnya, pisang akan berbuah dua kali.

Nasib malang akan menimpa parti komponen Harapan Rakyat itu sebagaimana kejadian yang menimpa Amanah pada pilihan raya kecil  Kuala Kangsar dan Sungai Besar 18 Jun lalu.

UMNO-BN melipatgandakan undi majoriti di kedua-dua kerusi terbabit. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru