Wednesday, June 29, 2022

Pas gesa polis banteras sindiket kongsi gelap

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Pas menggesa pihak polis agar meningkatkan kawalan dan aktiviti membanteras sindiket kongsi gelap atau kumpulan mafia di seluruh negara.

Ir Haji Khairil Nizam Khirudin_0000Ketua Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan (DPPWP) Ir Haji Khairil Nizam Khirudin berkata, ia  tidak mahu negara yang ini dicemarkan oleh aktiviti-aktiviti ganas sehingga dapat menggugat keamanan masyarakat.

Sekurang-kurangnya terdapat 10 kes tembak mati berlaku di Lembah Klang dari bulan Januari hingga Julai tahun ini.

Rabu seorang lelaki telah ditembak mati di ibu negara oleh lelaki yang menaiki dua buah  motosikal.

Keadaan ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan rakyat.

“Apa sudah jadi? Tidakkah ini mencerminkan jenayah keganasan semakin menular dalam kalangan masyarakat bandar? Adakah kadar jenayah benar-benar menurun sehingga 20 peratus di Kuala Lumpur sepertimana didakwa sebelum ini?,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, keadaan semasa memberikan gambaran sebenar meskipun kadar jenayah khususnya jenayah jalanan menurun, tetapi kes-kes jenayah keganasan semakin menjadi-jadi pada tahun ini.

Katanya: “Lebih membimbangkan jenayah keganasan yang berlaku bersenjatakan pistol, di kawasan awam dan dilakukan pada waktu siang. Hal ini membuktikan fokus kerajaan (NKRA) dalam mengurangkan indeks jenayah negara dan meningkatkan kondusif selamat dalam kalangan masyarakat semakin gagal!”

DPPWP berkata, ia sangat bimbang jika jenayah keganasan didalangi kumpulan mafia.

Katanya, sebanyak 49 jumlah kumpulan kongsi gelap telah didedahkan oleh Kementerian Dalam Negeri tahun lalu, dan 24 daripadanya sedang aktif menjalankan kegiatannya di Kuala Lumpur atau Lembah Klang. Secara purata, mereka mempunyai ahli berdaftar sekitar 20,000 orang.

“Apakah perasaan masyarakat apabila mengetahui keadaan ini?” tanya beliau.

Kira-kira 70% penduduk akan mendiami kawasan bandar di Malaysia kerana faktor sosioekonomi menjelang tahun 2020, dan proses perbandaran ini akan terbantut sekiranya masalah kebejatan jenayah akan terus membelenggu perasaan rakyat, katanya.

DPPWP turut menggesa rakyat untuk bertekad menyokong pelaksanaan undang-undang jenayah syariah di Malaysia sebagai salah satu usaha untuk mengurangkan kadar jenayah.

“Ini bukan hanya bersifat punitif (hukuman) semata-mata malah bersifat preventif (pencegahan),”’ katanya. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru