Wednesday, June 29, 2022

Lagi pengedar dadah dicekup, libatkan tiga pemuda di Petra Jaya

Secara Rawak

KUCHING: Tiga lelaki berusia di antara 19 hingga 20 tahun dicekup polis Sarawak pada Rabu dan Khamis kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.

Timbalan Pesuruhjaya Polis negeri, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, hasil serbuan yang dilakukan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di dua lokasi berbeza itu berjaya menemui dadah jenis ganja seberat 1.18 kilogram, yang dianggarkan bernilai RM24,000.

“Dua daripada suspek ditangkap di sebuah rumah sewa di Petra Jaya manakala seorang lagi yang berusia 19 tahun ditahan di sebuah rumah di Matang, sekitar jam 10 pagi tadi,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen Sarawak di sini.

a1a36029-1411-4468-a964-3e3085392cf1

Menurutnya, dua suspek yang berusia 20 tahun itu dipercayai menggunakan rumah yang disewa mereka sebagai sarang pengedaran dan dikatakan aktif menjalankan pengedaran di sekitar kawasan tersebut.

“Malah pihak kita turut menemui peralatan membungkus, untuk menimbang dadah berkenaan,” katanya.

Ketiga-tiga suspek tambahnya, tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan didapati negatif ujian saringan dadah.

Malah siasatan awal mendapati dadah tersebut dibawa masuk dari Semenanjung.

“Mereka akan ditahan reman sehingga 4 Ogos depan bagi membolehkan polis menyiasat lebih lanjut, seterusnya mengesan dalang di sebalik operasi pengedaran ini.

Kata Abdul Aziz, polis tidak akan membiarkan aktiviti pengedaran dan penagihan dadah di negeri ini berleluasa.

“Oleh itu kita meminta orang ramai tampil menyalurkan apa jua maklumat kepada pihak polis dalam membanterasnya, baik maklumat itu kecil mahupun besar.

Menurutnya lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, dan ketiga-tiga suspek berhadapan hukuman gantung mati jika sabit kesalahan.

Ketua JSJN negeri, Superintenden Lukas Aket dan Ketua Polis Daerah Kuching
Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai turut menyertai sidang media tersebut.

Ini merupakan kes kedua berkaitan ganja mampat ditangkap di bahagian Selatan di negeri dalam tempoh seminggu. – Sarawakvoice.com

84b357c9-1555-40d1-b8cb-8e8e8ce9344d

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru