Friday, December 2, 2022

PKR dan DAP berkelahi gara-gara isu pilihan raya

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Gara-gara tidak sehaluan dari segi pendirian berkaitan pilihan raya negeri Pulau Pinang, DAP dan PKR kini berkonflik tajam.

Ketika DAP mahu mengadakan PRN atas justifikasi yang sentiasa berubah, PKR pula tidak yakin dengan alasan yang dikemukakan.

DAP  sudah pasti kecewa dengan pendirian sekutunya itu, ketika ia amat memerlukan dukungan dan sokongannya.

Bagi DAP, PKR bagai tidak mengenang budi. Inilah ketikanya bagi DAP, PKR sepatutnya memberi sokongan ketika ia amat memerlukan sokongan.

Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng tentu punya  kesabaran yang terbatas.

Ketua Menteri Pulau Pinang  itu berkata, PKR tidak seharusnya mengambil masa yang terlalu lama  untuk buat keputusan kerana ia  tidak praktikal.

Mengakui bahawa DAP akan terus berbincang dan meyakinkan PKR mengenai cadangan mengadakan pilihan raya mengejut, atas prinsip saling menghormati dan saling mempercayai, Lim tentu tidak boleh menunggu terlalu lama.

Beliau menekankan mahu membuat keputusan secara konsensus dan bukan secara unilateral.

Menurut Lim, Pakatan Harapan mesti mematuhi amalan membuat keputusan berdasarkan konsensus.

Sementara itu, ketua DAP Selangor, Tony Pua bagai tidak dapat mengekang kekecewaannya, lalu menggunakan Facebook untuk meluahkan perasaannya.

Tanpa merujuk secara langsung kepada PKR, Pua berkata, dia hairan apa jenis kawan yang DAP miliki, apabila ketika krisis  dibantu, tetapi sokongan tidak diberi apabila ia diperlukan.

Dengan jelas Pua merujuk kepada keadaan yang dihadapi DAP ketika ini yang amat memerlukan sokongan PKR.

Kini,  perang terbuka berlaku antara Latheefa, ketua biro undang-undang PKR dengan Pua apabila dengan menggunakan Facebook, beliau menjawab tuduhan Pua.

Beliau mengkritik pendirian DAP yang berubah-ubah dari segi justifikasi mengapa ia perlu mengadakan PRN mengejut.

Mula-mula untuk mendapatkan mandat daripada rakyat, kemudian berubah, iaitu bukan kerana dakwaan terhadp Guan Eng, dan akhir sekali referendum terhadap Perdana Menteri.

Sesungguhnya, apa yang berlaku dalam Pakatan Harapan membayangkan  banyak yang tidak betul dalam pakatan berkenaan.

Ya, rakyat bertanya, mengapa perlunya PRN?

Piihan raya itu jelas hanya untuk memenuhi agenda DAP, dan rakyat menjadi korban. Guan Eng pening kepala kerana kerenah PKR. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru