Thursday, September 29, 2022

Kerenah Pakatan Harapan bawa banyak keburukan, kata Ikatan

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Selangor  berkata, kerenah pimpinan Pakatan Harapan membawa banyak keburukan daripada kebaikan.

Justeru, Ikatan  Selangor meminta Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menumpukan  lebih perhatian dalam urus tadbir kerajaan negeri dalam memastikan isu-isu rakyat diselesaikan serta memastikan ekonomi negeri itu terus mantap.

Datuk Seri Mohamad Badri Abdul Rahman berkata, ia tidak bermaksud untuk mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri tetapi demi hak rakyat negeri berkenaan, ia bertanggungjawab menegur jika ia dilihat boleh merugikan semua pihak.

Pada PRU13, katanya,  rakyat telah menyerahkan mandat kepada parti yang mereka pilih, justeru rakyat  tentu inginkan kebajikan dilaksanakan bukannya pertelagahan sesama sendiri.

“Ikatan Selangor mengambil kira dengan tersebarnya twitter yang dikaitkan dengan Menteri Besar itu sebagai satu tindakan yang tidak sepatutnya apatah lagi ia dibaca oleh semua pihak,” katanya seperti dipetik Harakahdaily.

“Begitu juga dengan pimpinan parti politik yang lain, sebarang kesulitan yang timbul perlu diselesaikan secara perbincangan dan bukannya melalui kenyataan terbuka,” katanya.

Setiap pihak katanya, mempunyai tanggungjawab masing-masing dan peranan itu perlu dilaksanakan sebaik mungkin, apa yang pasti hak rakyat tentang kebajikan mereka, kemudahan serta ekonomi mereka perlu diutamakan.

Selain itu, tegas beliau, kepada lidah rasmi Pas itu, semua pihak digesa menghormati sistem Istana dan tidak mengheret Istana dalam kancah politik negeri ini. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru