Tuesday, June 28, 2022

4 suspek tembak lelaki pandu Honda Accord dipercayai masih dalam negara

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara percaya empat suspek terlibat dalam kes pembunuhan menggunakan senjata api di ibu negara semalam masih lagi belum bolos ke luar negara.

Tan Sri Khalid Abau Bakar berkata, empat individu terbabit masih lagi berada di dalam negara ini, dan polis berharap dapat menahan mereka dalam masa terdekat.

“Kita akan buru mereka. Mereka semua tak akan ke mana-mana,” tegasnya.
Berdasarkan rakaman CCTV yang sudah menjadi viral di media sosial, lelaki menggunakan dua motosikal telah menjadikan mangsa sebagai sasaran.

Dua pembonceng motosikal seorang masing-masingnya dari sebelah kiri dan kanan telah menembak mangsa.

Sebanyak 18 das tembakan dilepaskan terhadap seorang lelaki yang memandu Honda Accord dalam kejadian sekitar 3.00 petang di persimpangan dekat Taman Ibu Kota di Jalan Genting Klang.

Sementara itu, Khalid berkata pembunuhan membabitkan senjata api di negara ini bukannya satu trend kerana setiap kejadian tembakan ada sebabnya.

Beliau berkata, ia belum sampai ke tahap mendesak sehingga polis perlu mengambil tindakan drastik.

“Bukannya berlaku orang gila tembak sana sini,” katanya kepada media selepas Majlis Perasmian KPD Mart Community di Kolej Unikop hari ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru