Saturday, December 3, 2022

Pembelian tanah di TRX bawa untung, kata Najib

Secara Rawak

PETALING JAYA: Perdana Menteri  mempertahankan langkah Tabung Haji membeli tanah di Tun Razak Exchange (TRX) yang disifatkannya sebagai pelaburan bijak kerana nilai tanah berkenaan telah meningkat berbanding nilai asal.

Ketika Tabung Haji membeli tanah berkenaan pada Disember 2015 harganya ialah RM1,800 sekaki persegi.

“Saya tanya tadi pada Ketua Pegawai Eksekutif, ada pihak nak beli tanah tersebut pada harga RM2,200 sekaki persegi. Maksudnya ada untung,” katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Yayasan Tabung Haji, penghargaan sahabat korporat dan rumah terbuka TH di Kompleks TH Kelana Jaya, semalam.

najib th

Justeru, Datuk Seri Najib Razak kesal dengan tindakan pihak tertentu yang cuba mempolitikkan pembelian tanah berkenaan daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Perdana Menteri  menegaskan, pendeposit akan menikmati manfaatnya hasil daripada pelaburan tersebut .

Ini termasuk kadar bayaran untuk menunaikan ibadat haji sebanyak RM9,980 yang tidak pernah dinaikkan sejak tahun 2009, biarpun kos untuk segala macam perkhidmatan dan barangan lain telah meningkat.

Beliau berkata,  setiap jemaah haji menerima subsidi hampir RM8,000.

Ini akuinya sesuatu yang sukar dilakukan kebanyakan negara Islam lain di dunia.

Katanya, setiap tahun Tabung Haji menanggung subsidi RM160 juta secara keseluruhannya,

Sementara itu,  Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Johan Abdullah memberitahu, tanah yang dibeli TH di TRX  bukan untuk dijual kerana ia mempunyai nilai tambah yang tinggi bagi jangka masa panjang.

“Sekarang kita ada tawaran yang tinggi, tetapi kami tidak mahu menjualnya kerana kami percaya dengan penghasilan nilai jangka panjang daripada pelaburan itu,” katanya dalam sidang media. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru