Tuesday, June 28, 2022

Tali gantung menanti tiga penuntut universiti kerana ganja mampat 376 gram

Secara Rawak

KUCHING: Hukuman gantung sampai mati mandatori. Itu hukuman yang menanti tiga penuntut sebuah universiti awam di Kota Samarahan jika mereka sabit kesalahan atas tuduhan mengedar dan memiliki 367.26 g dadah pada Jumaat lalu.

Ketua Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, Superitendan Lukas Aket berkata, ketiga-tiga mereka termasuk seorang wanita yang berusia sekitar 20 hingga 23 tahun ditahan oleh anggota pasukannya dalam satu serbuan di sebuah rumah di Jalan Mohammad Musa, Kota Samarahan, hasil maklumat orang ramai.

ganja kuching“Turut dirampas ialah 12 bungkusan plastik yang mengandungi ketulan mampat daun kering yang disyaki dadah jenis ganja yang bernilai RM2 ribu.

“Oleh kerana kuantitinya, kita mengklasifikasikan kes ini di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Lukas berkata, penangkapan ini merupakan kejayaan kali ketiga melibatkan penuntut universiti di negeri ini, setelah dua kes terdahulu melibatkan pelajar dari negara asing.

Katanya, siasatan lanjut turut mendapati dua suspek lelaki tersebut positif dadah jenis amphetamine selain mula terjebak sejak tahun 2015.

“Kesemua mereka kini sedang menjalani perintah tahanan reman sehingga Jumaat depan bagi membantu siasatan.

Kata Lukas, setakat ini pihaknya telah mengenal pasti pihak yang membekalkan dadah kepada para penuntut ini.

“Dan kita akan mengambil tindakan terhadap mereka selepas ini.

Berkaitan penglibatan penuntut institut pengajian tinggi dalam kes-kes seumpama ini, Lukas meminta ibu bapa sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak.

“Bagi pihak kita, kita sentiasa melakukan pemantauan dan pemerhatian di semua pusat pengajian tinggi selain beberapa kawasan lain dan tidak akan teragak-agak untuk menangkap mereka, jika telah terbukti bersalah,” katanya.

Ditanya situasi penagihan yang membabitkan pelajar dan penuntut universiti, Lukas berkata, keadaannya masih dalam keadaan terkawal. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru