Wednesday, December 7, 2022

Selena Gomez tampil sopan dalam persembahan hangat malam tadi, 13 video live

Secara Rawak

SHAH ALAM: Di sebalik bantahan PAS dan kekecohan terhadap persembahan Selena Gomez, impian peminat penyanyi pop sensasi  untuk beraksi di  hadapan mata menjadi realiti malam Isnin di Stadium Melawati, di sini.

Konsert Revival Tour Malaysia berjalan lancar semalam selama  sekitar 80 minit di sebalik kawalan polis yang ketat.

Para peminatnya kelihatan puas dan gembira dengan persembahan penyanyi seksi yang punya banyak peminat di Malaysia.

Sabtu lalu Selena mengadakan persembahan di Jakarta di bawah Revival World Tour, sebagai langkah mempromosi album terbaharunya.  Beliau malah sempat membeli-belah di Grand Indonesia, mal terkemuka di ibu kota 12 juta jiwa itu.

Selepas Malaysia, Selena dijadualkan mengadakan persembahan di negara kota  Singapura.

Selena, 24, muncul di atas pentas pada 9.15 malam untuk menghiburkan peminatnya dikenali sebagai Selenators.

Antara lagu didendangkan ialah  Good For You, Hands To Myself, Same Old Love, , Who Says dan Love You Like A Love Song

Sementara itu. ramai  peminat di stadium dan pengguna media sosial memuji cara berpakaian Selena yang  dianggap sopan dan menghormati  agama Islam dan budaya di negara ini.

Malah, mereka menyifatkan cara berpakaian Selena jauh lebih sopan berbanding sesetengah penyanyi tempatan yang “terbelah sana terbelah sini”.

Mungkin itu cara penyanyi Amerika itu untuk menempelak pengkritik beliau.

Sementara itu, Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (PERKID) mengadakan bantahan di sekitar pekarangan stadium, ketika konsert  berlangsung.
Mereka mengadakan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat hajat secara berjemaah. – Sarawakvoice.com

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru