Friday, October 7, 2022

Malaysia bergantung kepada pekerja asing, atau berhadapan ekonomi sukar – Richard Riot

Secara Rawak

KUCHING: Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem hari ini mengakui bahawa Malaysia banyak bergantung kepada pekerja asing bagi memastikan proses pembangunan dan ekonomi negara berkembang subur.

“Ia tidak dapat dielakkan kerana tanpa mereka, keperluan industri pembinaan dan sektor peladangan di negara ini akan berhadapan masalah.

“Banyak pihak yang tidak bersetuju dengan keadaan ini, tetapi kerajaan tiada pilihan.

“Kita memerlukan mereka dalam memastikan pembangunan negara kekal mapan dan tanpa mereka (pekerja asing), banyak projek pembangunan tidak dapat dilaksanakan mengikut jadual,” katanya ketika merasmikan Sidang Kemuncak Pengurusan Sumber Manusia 2016 – Antara Kemahiran dan Persaingan, di sini pagi tadi.

Riot menambah, kerajaan sedaya upaya mengelakkan perkara ini berlaku, namun ia boleh menyebabkan kerugian besar dan mendatangkan implikasi besar kepada ekonomi negara.

Jelasnya, dianggarkan terdapat 3.6 juta pekerja asing di seluruh negara ketika ini, dengan sebahagian besarnya berkhidmat dalam industri pembinaan dan sektor perladangan.

“Daripada jumlah itu, seramai 1.9 juta pekerja asing terbabit bekerja secara sah dan mengikut saluran sepatutnya.

“Kita perlu mencari satu mekanisme penyelesaian berhubung isu pekerja asing haram ini tanpa menjejaskan pertumbuhan industri , terutama sektor pembinaan dan sektor perladangan yang memberi sumbangan besar kepada negara,” katanya. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru