Thursday, December 9, 2021

Lelaki 62 tahun hilang misteri di Sessang

Secara Rawak

KABONG: Penduduk di Kampung Sessang sekali lagi digemparkan dengan kehilangan misteri seorang penduduk hari ini.

Penduduk yang hilang dikenali sebagai Suhaili bin Ladi, 62 tahun
dikatakan hilang ketika sedang menangkap udang di sungai kampung itu petang semalam.

Kejadian di Sungai Seblak yang cukup sinonim dengan lubuk buaya membuatkan penduduk mengandaikan kehilangan mangsa sebagai angkara serangan buaya.

hilang sesang_0000Mangsa sebelum kejadian dikatakan turun ke sungai untuk menangkap udang pada kira -kira jam 1 petang bersama dua rakannya yang lain tetapi menggunakan perahu berasingan.

Dua rakan mangsa pada hari kejadian bagaimanapun balik terlebih awal kerana hasil tangkapan kurang memberangsangkan.

Namun mangsa masih meneruskan usaha menangkap udang secara berseorangan di sungai yang dihuni kerabat ganas Bujang Seblak yang telah meragut nyawa sembilan mangsa setakat ini.

Dalam laporan polis yang dibuat oleh isteri mangsa Uteh binti Ilin mangsa telah pergi memangkap udang dengan menggunakan perahu berenjin dan tidak pulang ke rumah jam 6.30 petang.

Mengesyaki sesuatu yang buruk berlaku terhadap mangsa beliau bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Kabong untuk tindakan selanjutnya.

Menurut pelapor, kebiasaan mangsa akan balik pada jam 6 petang.

Penduduk kampung yang berusaha menjejaki mangsa telah berjaya menemui perahu mangsa yang masih tertambat pada sebatang pokok di tepi sungai kira-kira jam 9 malam tadi.

Ketika ditemui segala peralatan untuk menangkap ikan milik mangsa masih lagi berada di dalam perahu tersebut.

Berbaju putih bawa lampu suluh pegawai daerah kabong, kamaludin alkap ikut opersai mencari jam 1 pagi tadi.....
Berbaju putih bawa lampu suluh pegawai daerah Kabong, Kamaludin Alkap ikut opersai mencari jam 1 pagi tadi.

Ekoran daripada penemuan itu pihak penduduk kampung dengan disertai anggita JPAM, bomba, Rela dan polis melakukan gerakan mencari dan menyelamat mangsa.

Menurut maklumat daripada ahli keluarga mangsa, mangsa tidak mengalami sebarang penyakit.

Mangsa kali terakhir dilihat oleh rakannya pada jam 6 petang dengan pakaian terakhir yang di gunakan mangsa iaitu baju putih (lengan panjang) dan berseluar jean.

Pegawai Daerah Kabong, Kamaluddin Haji Alkap antara yang turut turun padang dan terlibat dalam operasi mencari bermula jam 1 pagi tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri  (ADUN) N.40 Kabong, Mohd Chee Kadir turut bergerak ke Kampung Sessang untuk memantau operasi mencari berkenaan.

Sehingga jam 10.30 pagi ini mangsa masih belum ditemui dan gerakan mencari kini masih giat dijalankan di sepanjang perairan Sungai Seblak. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru