Tuesday, June 28, 2022

Dedahkan hukuman terhadap penyelidik terbabit dalam kes penipuan akademik, kata Ahli Parlimen DAP

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Universiti Malaya (UM) digesa supaya mendedahkan hukuman yang dikenakan terhadap penyelidik yang terlibat dalam kes penipuan akademik sebagai peringatan terhadap yang lain bahawa hukuman yang setimpal dikenakan jika melakukan penipuan akademik.

Penipuan akademik, termasuk menciplak dan mengerot dan memanipulasikan data dianggap sebagai jenayah akademik dan hukuman setimpal boleh dikenakan terhadap pensyarah atau penyelidik terbabit.

Dr. Ong Kian MingAhli Parlimen Serdang, Dr. Ong Kian Ming dalam satu kenyataan turut  meminta supaya pihak UM mendedahkan kepada umum prosiding penuh siasatan dalaman mengenai perkara berkenaan selain mencadangkan supaya perubahan dilakukan terhadap garis panduan sedia ada bagi memastikan perkara seumpama itu tidak berulang.

Ekoran daripada penemuan berkenaan, artikel yang didakwa diciplak itu telah ditarik balik daripada jurnal penyelidikan terbabit.

Bulan lalu, UM mendapati terdapat duplikasi dan manipulasi terhadap angka-angka di dalam Laporan Saintifik dan tiga buah lagi laporan yang diterbitkan oleh sekumpulan penyelidik universiti berkenaan setelah membuat siasatan terhadap perkara itu.

Dalam pada itu, Dr Ong berkata, kajian semula secara menyeluruh terhadap usaha sama Penyelidikan Berimpak Tinggi (HIR) antara Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan Universiti Malaya (UM) perlu dilaksanakan susulan dakwaan penipuan akademik membabitkan institusi pendidikan berkenaan.

Katanya, Menteri KPT, Datuk Seri Idris Jusoh harus mengambil langkah berkenaan supaya integriti dan kredibiliti intelektual serta martabat universiti tertua terbabit dapat dikembalikan.

“Mengikut laporan tahunan UM 2014, KPT telah menyuntik RM590 juta ke dalam program penyelidikan, dengan tambahan dana daripada UM, untuk mendanai projek penyelidikan sehingga 2016.

“Memandangkan jumlah yang begitu besar telah dikhususkan untuk inisiatif berkenaan dan hakikat bahawa dua daripada projek penyelidikan berkenaan telah dikenalpasti sebagai penipuan akademik, adalah menjadi hak orang awam untuk mengetahui perihal mengenainya.

“Malah, jika Idris Jusoh serius untuk memastikan bahawa sistem pendidikan tinggi negara kita terus maju, beliau harus mengambil kira perkara ini dengan lebih serius,” katanya. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru