Friday, August 19, 2022

Profesor kritik pemimpin politik yang sokong persembahan penyanyi seksi Selena Gomez

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Sambil mengakui bahawa kecantikan dan seksi ialah ciptaan dan kurniaan Allah, Profesor Dr Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan perlukah ia dipertontonkan atau diperagakan.

“Hebat sungguh mendengar pemimpin ultra kiasu Melayu berkata kenapa perlu teruja dengan seksi? Dia faham atau tidak maksud seksi?…Ini kejahilan pemimpin bila tidak menggunakan otak bila bercakap. Adakah orang sebegini layak memimpin sebuah negeri atau negara? Biar rakyat yang menentukan.,” katanya bagai menyindir kenyataan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali beberapa hari lalu

“Isu utama bukan soal seksi atau tidak? Mencemar bulan Syawal yang mulia seolah-olah bulan lain tidak mulia? Asasnya, hari, bulan dan tahun yang dijadikan oleh Allah semuanya mulia. Tidak timbul soal ada hari yang mulia atau ada yang tidak mulia,”katanya dalam kolum Sinar Harian, hari ini.

Katanya; “Kenapa ada pemimpin cuba mempertahankan? Inilah yang saya pelik. Jika terlalu mahu menjaga kuasa, kedudukan dan sokongan ultra kiasu, duduk diam sahajalah. Tidak perlu mengeluarkan kata-kata menyesatkan orang.”

Komen kolumnis dan pensyarah kontroversi itu dibuat ekoran bantahan Pas terhadap persembahan penyanyi seksi di Stadium Melawati, Shah Alam, malam ini.
Selena mengadakan persembahan di Jakarta Sabtu lalu, dan akan bertolak ke Singapura selepas persembahan di Malaysia

“Apakah kita sudah kekeringan artis tempatan sehingga terpaksa berbelanja begitu banyak wang mengimport artis luar? Apakah benar lirik dan lagunya begitu hebat? Sejak bila pula ultra kiasu ini menonton si seksi dan si gedik tuh? Apakah beliau salah seorang peminatnya? Saya tidak menolak hiburan, tetapi menolak hiburan melampau,” katanya.

Katanya, inilah yang dikatakan hedonisme mengundang kepada shopaholic.
“Golongan ini beranggap wang boleh membeli kebahagiaan dan memuaskan hawa nafsunya. Sedangkan dalam kehidupan, belum tentu wang boleh membeli tidur lena meskipun wang boleh membeli tilam tebal dan empuk,”tambahnya.

Kedua, katanya, hedonisme akan menyebabkan narsisme iaitu satu sifat mencintai diri sendiri secara berlebihan, malah golongan ini sanggup berhabisan untuk diri sendiri sedangkan orang lain yang lebih memerlukan dibiarkan bergelandangan.

Ketiga, menurut pendakwah bebas itu, hedonisme boleh menyebabkan hilang rasa malu.
“Mana tidaknya, percampuran lelaki-perempuan tidak terkawal. Penonton terjerit-jerit macam hilang akal. Bersorak sana sini sehingga hilang rasa malu.
Saban kali kita mendengar laporan selepas sahaja apa jua konsert, pekerja-pekerja bandar raya dan tukang sapu akan akan terjumpa alat seks kondom selepas konsert berakhir. Terfikirkah kita bagaimana mereka melakukan seks ketika konsert berlangsung?,” katanya.

Jelaslah, katanya, mereka yang terpengaruh dengan hedonisme sudah tidak peka lagi dengan orang lain. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru