Saturday, October 8, 2022

PM mahu individu yang dinamakan dalam kes 1MDB bersihkan nama dan ambil tanggungjawab

Secara Rawak

PUTRAJAYA:  Perdana Menteri berkata, Kerajaan mahu individu yang dinamakan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mengambil tanggungjawab membersihkan nama dan harus bertanggungjawab atas tindak- tanduk mereka.

Antara mereka yang dinamakan dalam saman sivil berkenaan ialah anak tiri beliau, Riza Aziz dan ahli perniagaan Jho Low.

Kata Datuk Seri Najib Razak,  kerajaan memandang serius saman sivil itu dan berpegang kepada prinsip  memastikan tiada wang rakyat disalahgunakan mana-mana pihak.

13620986_10153925627718687_14630727195171921_n

Serentak dengan itu beliau mengulangi jaminan kerajaan akan beri kerjasama penuh pada sebarang siasatan mengenai hal berkenaan.

“Kita harap lambat-laun kita akan tahu kebenaran,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kewangan meminta semua pihak tidak terbawa-bawa dengan isu saman berkenaan dan  menyerahkan kes itu untuk proses keadilan yang sewajarnya.

“Inilah pendirian kerajaan dan kita akan beri kerjasama sepenuhnya. Kita harap lambat laun kita akan tahu kebenaran,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran Fardu Haji Program Khas Haji Perdana Menteri 2016 tajaan Yayasan 1MDB di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, di sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata, banyak pihak yang mengkritik 1MDB tanpa menyedari bahawa pelbagai program sosial dilaksanakan syarikat itu untuk manfaat rakyat, termasuk Program Khas Haji berkenaan.

“Usaha untuk terus memantapkan 1MDB akan kita laksanakan dan saya yakin dalam masa terdekat, kedudukan 1MDB akan lebih mantap dan kukuh , ” katanya.

Seramai 1,100 imam dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) seluruh negara terpilih menunaikan ibadat itu melalui program berkenaan pada tahun ini. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru