Saturday, May 21, 2022

SUKMA XVIII hanya permulaan, bukan destinasi akhir atlet — Khairy

Secara Rawak

KUCHING: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menasihatkan para atlet yang beraksi dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA XVIII) 2016 agar mrnampilkan aksi terbaik, sebagai landasan untuk ke peringkat yang lebih tinggi.

Menurutnya, SUKMA adalah kejohanan peringkat kebangsaan yang penting, sebelum seseorang atlet melangkah lebih jauh.

“SUKMA adalah platform untuk atlet-atlet muda ini menunjukkan bakat dan kebolehan.

kjj

“Ia bukan destinasi akhir, sebaliknya permulaan kepada anda untuk merasai kemenangan pertama, rasai pertandingan peringkat kebangsaan yang pertama,” katanya ketika menyampaikan alu-aluan sempena perasmian SUKMA XVIII di Stadium Sarawak malam tadi.

Khairy berkata, menerusi temasya inilah atlet-atlet pelapis dapat meningkatkan kebolehan untuk bersaing di peringkat antarabangsa.

“Kita ada banyak atlet yang berjaya kelahiran SUKMA seperti Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nichol David, Azizulhasni Awang, Pandalela Rinong, Watson Nyambek dan Azlan Iskandar,” katanya lagi.

Menyifatkan penganjuran SUKMA kali ini sebagai antara yang terbaik, Khairy dalam ucapannya turut memuji komitmen kerajaan negeri dalam menjadikan Sarawak sebagai “negeri bersukan.”

“Ini termasuk menaik taraf dan membina kemudahan dan pelbagai gelanggang sukan bertaraf dunia seperti Pusat Akuatik.

“Inilah legasi yang ditinggalkan oleh kerajaan negeri untuk rakyat Sarawak, bagi melahirkan masyarakat bersukan dan cergas,” tambahnya.

Bagi menjayakan SUKMA 2016, Kerajaan Negeri Sarawak telah membelanjakan sekitar RM400 juta bagi membina baharu serta menaik taraf pelbagai kemudahan dan gelanggang sukan di negeri ini.

Khairy turut berterima kasih kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Morshidi Ghani atas komitmen tinggi dalam menjayakan SUKMA XVIII — acara dwitahunan kebangsaan untuk atlet bawah 21 tahun. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru