Saturday, May 21, 2022

Pas akan lawan DAP, PKR dan Amanah di semua kerusi DUN Pulau Pinang

Secara Rawak

ALOR SETAR: Pas akan menentang Pakatan Harapan di Pulau Pinang jika pilihan raya mengejut diadakan.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti Islam itu akan memastikan untuk meletakkan calonnya di setiap kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 14 kerusi Parlimen.

hadi awang 3Ketika ini, kerajaan negeri berkenaan pimpinan DAP  yang tidak mahu membuat keputusan secara sepihak masih menunggu persetujuan rakan sekutunya sebelum memutuskan untuk mengadakan pilihan raya negeri.

Difahamkan mesyuarat berkenaan akan diadakan pada hari ini.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang dianggotai oleh DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR)  dan Amanah yang pernah menjadi sekutunya ketika Pakatan Rakyat masih wujud.

Pas akan meletakkan calon di setiap kerusi DUN di Pulau Pinang sekiranya pilihan raya mengejut diadakan di negeri itu.

Abdul Hadi berkata Pas yakin akan kekuatannya meskipun tidak lagi bersama-sama pakatan pembangkang berkenaan.

“Kita ada kekuatan di negeri itu kerana sejarah penubuhan parti ini di Pulau Pinang. DAP dan PKR perlu sedar mereka bergantung kepada akar umbi kita untuk menang pada pilihan raya umum (ke-13) lalu,” kata Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pas Pusat di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut, hari ini.  – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru