Saturday, May 21, 2022

SUKMA XVIII bakal dirasmi sebentar lagi

Secara Rawak

KUCHING: Lebih 30 ribu warga Kuching kini sedang memenuhi Stadium Sarawak sempena perasmian Sukan Malaysia (Sukma) 2016 yang akan dirasmikan pembukaannya oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud sebentar lagi.

Para pengunjung kini sedang dihiburkan oleh penghibur-penghibur kelahiran Sarawak seperti Bob AF4, Dewi, Hafiz dan beberapa penghibur tempatan lain.

Persembahan gilang-gemilang ini akan turut menyaksikan pelbagai persembahan padang dan multimedia.

Ini merupakan kali kedua Sarawak menjadi tuan rumah SUKMA selepas tahun 1990.

Sebanyak 379 pingat emas, 379 perak dan 459 pingat gangsa dipertanding dalam temasya kali ini.

Seramai 5,794 peserta terlibat dalam kejohanan edisi ke-18 ini termasuk 2,708 atlet. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru