Ketepikan ideologi demi semangat dan kebanggaan menjadi rakyat Sarawak – Chee How

0
2

KUCHING: Sambutan Hari Sarawak seharusnya diraikan tanpa keguasaran dengan mengetepikan ideologi politik dan apa jua pegangan.

Ia seharusnya diaraikan bersama-sama kerana ia adalah detik untuk kita merayakan hak kita sebagai salah sebuah negeri di Malaysia.

Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Lintang yang juga Naib Pengerusi Parti Keadilan Sarawak berkata, sebagai rakyat Sarawak, mereka gembira dengan perkembangan rundingan penurunan kuasa oleh Kerajaan Pusat dan Negeri, serta berharap ia akan menjadi kenyataan.

Chee How merupakan antara pemimpin pembangkang yang hadir pada sambutan hari yang bersejarah bagi Sarawak itu selain Baru Bian dan Ali Biju.

“Walaupun berbeza ideologi, ia tidak menghalang kita untuk hadir dan meraikan hari bersejarah ini. Inilah yang dinamakan kematangan berpolitik,” katanya lagi selepas ditemui pada sambutan tersebut semalam.

Dalam ucapannya sebelum itu, Ketua Menteri, Tan Sri Adenan mengucapkan terima kasih atas kehadiran pemimpin pembangkang.

Menurutnya, ia menandakan rakyat Sarawak bersatu hati dan tidak akan membiarkan negeri ini dipisahkan dari Malaysia, baik sebelum ini, sekarang mahupun pada masa akan datang. – Sarawakvoice.com