1 Julai – SUPP dan Parti Negara (Panas) menjalinkan ikatan bagi memastikan perwakilan di Council Negeri untuk pilihan raya tiga peringkat
6 Julai – Datu Abang Haji Openg, Datu Bandar Abang Haji Mustapha, Ling Beng Siew, dan Temenggong Jugah Barieng terbang ke London menaiki pesawat Malaya Airways melalui Singapura untuk tandatangani Perjanjian London bagi pihak Sarawak. Ikut serta dalam rombongan ialah P.E.H Pike, Peguam Negeri Sarawak
9 Julai – Perjanjian Malaysia ditandatangani di Whitehall, London yang sepatutnya ditandatangani jam 10.00 pagi, tetapi ditunda beberapa jam kerana pertelagahan antara Tunku Abdul Rahman dan Lee Kuan Yew. Penjanjian itu ditandatangani oleh United Kingdom, Persekutuan Malaya, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura.
12 Julai – Rombongan terbabit sampai di Lapangan Terbang Kuching dari London
15 Julai – Perikatan Sarawak mendapat majoriti di Council Negeri dengan sokongan wakil Bebas
18 Julai – 800 pemuda Cina telah pergi ke sempadan untuk jalani latihan, beberapa orang telah ditangkap, dan kem latihan komunis ditemui
18 Julai – Stephen Kalong Ningkan dipilih sebagai Ketua Menteri Sarawak pertama
21 Julai – Stephen Kalong Ningkan dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak pertama
22 Julai – Sarawak mendapat kuasa memerintah sendiri
23 Julai – 200 tahanan politik mogok lapar sebagai protes dipenjara tanpa bicara
26 Julai – Mesyuarat pertama Majlis Tertinggi di bawah perlembagaan baharu.
31 Julai – Akta Malaysia Bab 35 diluluskan oleh Parlimen British.