Sunday, December 5, 2021

Dua penuntut UiTM maut, seorang parah, dalam kemalangan di hadapan kampus Unimas

Secara Rawak

KOTA SAMARAHAN: Dua maut dan seorang parah apabila sebuah kenderaan Perodua Kelisa terlibat dalam nahas melanggar belakang sebuah lori di persimpangan lampu isyarat UNIMAS, Jalan Express Way awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Farhan Sufyan Borhan berkata, pihaknya menerima panggilan sekitar jam 4.17 pagi tadi dan sebuah jentera serta sebuah ambulans EMRS dengan kekuatan lapan anggota dikejarkan ke lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan.

“Setiba mereka di lokasi 10 minit kemudian, pasukan mendapati kenderaan Perodua Kelisa tersebut remuk.

“Dua daripada mangsa telah pun meninggal dunia ketika itu.

“Dengan berhati-hati anggota kita bertindak mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit, dengan mangsa yang cedera pantas diberi rawatan awal sebelum dikejarkan ke hospital untuk tindakan lanjut,” katanya.

Kata Farhan, pihaknya mengambil masa lebih sejam melaksanakan keseluruhan operasi tersebut.

Mangsa yang maut kemudian dikenal pasti sebagai Myrna Ejul, 23 tahun dan Siti Nurzaineh Zainudin, 25 tahun, kedua-duanya penumpang Perodua Kelisa.

Manakala pemandu yang parah dikenal pasti sebagai Valerie Liynthia Handrew,
23 tahun.

Ketiga-tiga mangsa dari Sabah dan sekurang-kurangnya seorang disahkan penuntut UiTM Cawangan Samarahan.

Pemandu lori yang dikenali sebagai Tan Ke Meg 40-an, bagaimanapun selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru