Saturday, October 8, 2022

Bekas Menteri Besar tempelak Menteri Besar Terengganu

Secara Rawak

KUALA TERENGGANU: Bagai tiada penghujung konflik antara  Menteri Besar Terengganu dengan bekas Menteri Besarnya.

Datuk Seri Ahmad Said bagai menempelak Ahmad Razif Abd Rahman apabila menolak pelantikan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang diumumkan Menteri Besar Terengganu pada Rabu.

Pemerhati berkata, tindakan yang diambil oleh Ahmad Razif yang dilucutkan gelaran Datuk oleh Sultan Terengganu bertujuan untuk meredakan konflik dan memulihkan hubungan antaranya dengan Ahmad Said.

Namun, tindakan mantan Menteri Besar yang digugurkan jawatan itu, menimbulkan lebih banyak persoalan.

Ahmad Said lebih sebagai duri dalam daging bagi Ahmad Razif.

Pada Mac lalu, Ahmad Said cuba mengemukakan undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif yang menggantikan beliau pada Mei 2014, tetapi gagal.

Ahmad Said Ahli Dewan Undangan Negeri Kijal berkata, beliau  hanya mengetahui lantikan berkenaan daripada media, dan belum belum menerima surat rasmi.

“Saya rasa sekarang ini saya lebih berminat bekerja secara sukarela daripada dibayar gaji sebab saya dah berpencen,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat jawatankuasa Persatuan Pribumi Perkasa (Perkasa) di sini semalam.

Ahmad diumumkan sebagai Yang Dipertua Perkasa Terengganu, menggantikan Datuk Ismail Samah berkuat kuasa  semalam.

Ahmad Said berkata beliau tidak dihubungi dan terkejut dengan lantikan itu, dan terus mengkritik Ahmad Razif kerana didakwanya cuba  memalukannya dengan lantikan itu. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru