Friday, August 19, 2022

Pilihan raya negeri Pulau Pinang: DAP mahu terus bincang dengan sekutunya

Secara Rawak

PULAU PINANG: Menyedari banyak implikasi dan faktor yang perlu dipertimbangkan, DAP tidak mahu membuat keputusan sepihak sama ada untuk meneruskan hasrat mengadakan pilihan raya negeri secara mengejut.

Untuk itu, Ketua Menteri Lim Guan Eng mahu mendapat pandangan rakan Pakatan Rakyat.
“DAP akan terus berbincang dengan semua parti dan tidak akan sesekali membuat keputusan secara bersendirian,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar di Komtar semalam.

13767414_1322810454415719_2229381061713027145_o

“Kita akan terus berbincang dan akan memberitahu hasil perbincangan selepas mendapat keputusan kelak,” katanya sekali gus menghentikan khabar angin yang bertiup kencang hari ini bahawa Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang akan dibubarkan.

DAP dikatakan mempertimbangkan mengadakan pilihan raya mengejut bagi mengukur tahap sokongan rakyat terhadap Pakatan Harapan, selepas beliau didakwa terbabit dalam kes rasuah.

Guan Eng berkata, pemimpin tertinggi Pakatan Harapan mengambil pendirian untuk berbincang dengan lebih lanjut berhubung perkara itu.

“Kerajaan negeri terdiri daripada bukan sahaja DAP malah turut dianggotai PKR dan juga Amanah. Oleh itu, sebarang keputusan akan dibincang dengan semangat rundingan bersama,” tambahnya.

Lim  menjelaskan justifikasi di sebalik keputusan DAP  mengadakan pilihan raya mengejut berkata,  prinsip yang sentiasa menjadi pegangan Pakatan Harapan ialah ‘kembali mandat kepada rakyat’.

“…Rakyat adalah tuan, mereka berhak membuat keputusan dan saya fikir, tidak yang salah dalam mengembalikan mandat kepada rakyat,” tegas setiausaha agung DAP itu. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru