Perut lelaki terburai tersepit di antara bucu bangunan dan skylift

0
22

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut dengan patah tulang belakang dan perut terburai setelah tersepit di bucu bangunan, dengan skylift yang dinaikinya.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, kejadian berlaku di tapak projek di hadapan Balai Polis Alam Damai, Persiaran Bistaei-Alam Damai, dekat sini.

Bomba katanya, menerima panggilan kecemasa sekitar jam 4.39 petang dan jentera dengan kekuatan 11 anggota dikejarkan ke lokasi daripada Balai Bomba dan Penyelamat Cheras dan Hang Tuah.

“Mangsa bagaimanapun telah mati dan kerja-kerja mengeluarkan mangsa dilakukan pada kadar yang segera.

“Punca kejadian masih disiasat tetapi kita tidak menolak, ia berlaku disebabkan oleh kecuaian dan kesilapan komunikasi.

Mangsa yang dikenal pasti sebagai Parno, 40, warga Indonesia yang berstatus penduduk tetap di negara ini kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – Sarawakvoice.com