Saturday, October 8, 2022

Lelaki rentung kereta tempuh tol di Kuala Lumpur

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki rentung apabila kenderaan yang dipandunya merempuh tembok tol di Plaza Tol Lok Yew, Lebuh Raya Besraya dekat sini lalu terbakar.

Dalam kejadian sekitar jam 6.30 pagi itu, kereta yang dipandu lelaki terbabit, dipercayai berbangsa India dan berumur 50 tahun terbakar seratus peratus, akibat pelanggaran tersebut.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, sebuah jentera dengan kekuatan enam anggota kemudian dikejarkan ke lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Pudu sekitar jam 6.39 pagi dan tiba ke lokasi 10 minit kemudian.

Selepas kerja-kerja pemadaman dilakukan, bomba berjaya mengeluarkan mayat mangsa yang rentung dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Polis masih berusaha mengenal pasti identiti mangsa yang terlibat dan menyiasat punca kejadian. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru