Monday, November 28, 2022

Kakitangan Metereologi Sibu rentung, kereta rempuh lori pengangkut sawit di Jalan Sibu-Bintulu

Secara Rawak

SIBU: Seorang lelaki rentung setelah kenderaan Proton Saga FLX yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori pengangkut kelapa sawit, berhampiran kem YMCA, di Batu 24, Jalan Sibu- Bintulu pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Farhan Sufyan Borhan, pihaknya dimaklumkan tentang kejadian tersebut sekitar jam 7.25 pagi dan sebuah jentera serta sebuah ambulans EMRS dikejarkan ke lokasi kejadian dari Balai Bomba dan Pemnyelamat Sungai Merah dengan kekuatan 11 anggota.

“Apabila tiba di lokasi sekitar jam 8.06 pagi, pasukan mendapati terdapat seorang mangsa tersepit di tempat duduk pemandu, di dalam kenderaan Proton Saga yang terbakar hampir seratus-peratus.

“Pasukan kemudian menjalankan operasi pemadaman dengan satu aliran salur bantu hingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya.

Mangsa yang tersepit dalam keadaan rentung kemudian berjaya dikeluarkan untuk diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya.

Identiti mangsa kemudian dikenal pasti sebagai Hollis Lidom, 34 tahun, seorang kakitangan Jabatan Meteorologi, Sibu.

Punca kejadian kata Farhan lagi, masih disiasat tetap difahamkan kenderaan Proton Saga tersebut sedang dalam perjalanan menghala ke Sibu dari Bintulu. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru